Bismillah-ir-rahman-ir-rahim.
Sejarah terukir pada hari ini, di mana aku sudah memulakan jejak untuk berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Aku bukanlah seorang yang mempunyai bakat besar dalam bidang penulis. Malahan belum pernah ada sejarah hidup mendapat pujian dan sanjungan oleh mana-mana pihak berkaitan dengan karya penulisan. Bagiku, ilmuku begitu kontang untuk di kongsikan kepada umum. Mungkin itu juga salah satu sebab aku kurang yakin untuk untuk menghasilkan karya. Walaupun pada dasarnya di lubuk hati kecilku sering kali terdetik perasaan untuk berkecimpung dalam bidang penulisan ini. Banyak anganku sekadar bersemadi di dalam kotak fikirku. Angan untuk mengikuti pertandingan menulis cerpen, puisi, esei dan sebagainya hanya menjadi bayangan gurauan semata-mata. Mungkin juga kerna hatiku belum benar-benar ikhlas untuk berjuang dalam bidang penulisan ini. Sebenarnya, jujur ku katakan niat utamaku untuk mengikuti pertandingan penulisan itu lebih kepada untuk mendapatkan habuan yang lumaian. Biasalahkan jiwa remaja, masih tertumpu kepada dunia kebendaan. Ingin memiliki benda yang mewah-mewah walaupun pada hakikatnya kemampuan terbatas. Tetapi cara ini agak lebih baik untuk kita menambahkan pendapatan di usia remaja berbanding kita melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum syarak. Setuju?. Erm, berbalik kepada sifat ke tidak ikhlasan hatiku untuk meneraju dunia penulisan ini, mungkin itu adalah satu sebab mengapa tuhan membantutkan ilhamku untuk berkarya. Kini aku sedar, benar kata sifuku, Ustazah Dayang Azizah Mohd Salleh, menulis perlu ada keikhlasan. Keikhlasan itu merupakan rentetan untuk menggilap potensi penulisan. Dan kini aku mencuba untuk mengikuti jejak beliau melakar sejarah di dunia penulisan.
Sebenarnya, cetusan idea untuk menghasilkan blog ini adalah hasil daripada suntikan motivasi daripada sifuku yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran Ummi Izzah. Sebelum ini, tidak terlintas pun di fikiran untuk memiliki blog sendiri. Bukan apa, jiwa ini masih terbeban dengan pelbagai persoalan seperti "mampu kah aku?" "ada idea kah aku?" "apa yang hendak aku kongsikan?" (aku pun tak tahu). Semua ini melemahkan semangatku untuk memiliki blog. Tapi hari ini ku kuatkan semangatku untuk mencuba menyelam dan berenang dalam dunia penulisan blog ini. Ku zahirkan kata "Nak seribu daya" yang sering di ungkapkan oleh sifuku kepadaku. Ku ikhlaskan hatiku untuk berkongsi niatku. Mungkin ini permulaan bagiku mengasah bakat ke arah dunia penulisan yang sebenar. Dan aku cuma mampu berharap agar tuhan memberikan kekuatan untuk aku bertapak di dunia ini dengan lebih lama. Impianku untuk berjinak di dunia yang penuh imaginasi ini ku harap tidak hanya membara seketika cuma umpama lepakkan tahi ayam yang pertama.
Aku bukanlah seorang anak sastera. Sebelum ini juga, tidak pernah mempelajari ilmu sastera secara khusus. Belajar subjek sastera pun cuma sementara, ketika berada di tingkatan 6 bawah 5 yang merupakan kelas Sastera-Sejarah. Kira-kira dua bulan juga aku bertapak di dalam kelas itu. Selepas itu, aku berhijrah ke kelas 6 bawah 2 yang mengambil bidang Ekonomi-Geografi. Perpindahanku itu atas dasar aku merasakan yang aku tidak mampu untuk untuk mempelajari ilmu sejarah. Lagi pula aku bukanlah seorang yang minat membaca. Bayangkan, sebanyak empat buku Sejarah yang setebal kira-kira tiga inci setiap satu perlu ku khatamkam. Belum lagi di tambah dengan buku Sastera yang juga serupa bilangannya. Lagi-lagi buku Pengajian am dan Bahasa Melayu yang tidak kurang tebalnya. Kalau nak membaca semua buku tersebut dari kulit ke kulit, rasanya tujuh tahun pun belum tentu habis ku baca. Maklumlah tak minat membaca. Sepanjang 20 tahun usia ku cuma dua novel yang pernah ku khatamkan. Itu pun mengambil masa berminggu-minggu untuk menghabiskan setiap lembaran dan menjiwai setiap perwatakan yang ada dalam novel tersebut. Kalau novel Komsas Bahasa Melayu yang pernah ku pelajari sejak di tingkatan satu hingga lima, belum pernah sekalipun habis terbaca. Yang aku baca, sinopsis, sinopsis, sinopsis!. Itulah saja yang ku tahu.
"Omong-mengomong" "bermadah-helah" "kata-mengata" dan seumpama dengannya, memanglah menjadi kepakaranku semenjak menceburkan diri dalam dunia pengucapan awam. Tapi untuk "ayat-mengayat" agak sukar bagiku. Aku bukan seorang yang berjiwa sastera seratus peratus, bijak memberikan ayat-ayat yang penuh dengan taburan bunga-bungaan. Tetapi aku ingin mencuba. Cuba dan terus mencuba. Biarpun kebolehan ini agak terbatas sifatnya, namun jiwa ini ingin berlari pantas ke hadapan sana. Ini permulaan ku. Mengharap ini bukan penghujugku. Tetapi aku masih memerlukan pertolongan daripada insan-insan di sekelilingku terutama mentorku. ( tunjuk ajar ku sifu ).
Alhamdulillah, pintu hati sudah terbuka untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini kepada umum. Perkongsian ini bukanlah untuk menunjukkan kekuatan dan kelebihan, tetapi adalah sekadar untuk memberikan inspirasi kepada mereka yang juga ingin berjinak-jinak di alam karya penulisan. Mungkin ada juga mereka yang di luar sana mempunyai minat dan impian seperti mana aku. Tetapi belum mampu untuk merialisasikanya. Nasihatku cuma satu : buka pintu hatimu untuk menabur ilmu dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan biarkan mindamu dijajah dengan perasaan tidak mampu kerana itu akan menghancurkan niat mu.. Salam Ukhuwwah !..

wahhh..Pena pertama, hasil cetusan dorongan dari uztazah. Keep it up ya :) Anda selangkah mengerbangkan bakat ke bidang penulisan alam maya :) Happy blogging..
BalasPadamMakaseh atas sokongan kaka.. tapi masih memerlukan bantuan daripada orang yang berpengalaman macam kaka.. ehehehe
PadamTahniah, anakanda! Ummi harap blog ini akan terus terisi.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam